Pekan Sehari, Temerloh, Pahang
Pekan Sehari atau Pekan Sari merupakan tempat tumpuan bagi penduduk tempatan di hujung minggu untuk mencari keperluan di pinggir sungai Temerloh dan Kuala Semantan. Malah ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari keperluan dapur disamping menikmati permandangan indah di sini.
Dikatakan oleh peniaga lama disini, pekan sehari ini telah bermula sejak 1930-an lagi.Wow..lama tu
Ini merupakan salah satu keperluan yang dicari,,
hahah.. petai oh petai..
Antara yang menjadi tumpuan di Pekan Sehari ini adalah
ikan-ikan Sungai ,Ikan tapia dan patin sangkar.Ada diantara ikan-ikan Sungai
ini harganya mencapai ratusan ringgit. Ini tidak menjadi penghalang bagi
peminat- peminat ikan sungai untuk membeli.
Siapa Kenal Pak CIk ini?
Pak
Cik ni, dari saya kecil sampai sekarang masih menjual kopi.
Kopinya memang popular
sampai ada yang tempah jika balik ke kampung.
Kopinya dimesin disini, dan baunya sangat harum.
Hmmm , jadi trader kopi pulak
Selepas penat berjalan.
Mesti bersarapan di Pekan Sehari ini
dengan melihat pemandangan Sg. Pahang sambil menjamu selera.
Mek Ontel sorang nie, ada je benda yang dia nak beli
Hukhuk, main buh belon di Pekan Sehari.
Layan je kan.
Bagi mereka yang ingin datang disini
datang
Datang la seawal mungkin bagi mengelak kesukaran mencari parking kereta dan
pekan sehari ini dibuka seawal 6.30 pagi lagi tau
Kuala Gandah, Temerloh, Pahang
Jom mandikan gajah,
hanya di Kuala Gandah, Temerloh @
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK)
merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya
adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya
telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula
ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Ianya telah menjadi tempat menarik di Temerloh, Pahang
Perjalanan
ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan
kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh
Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.
Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.
Jadual Aktiviti Pelawat
Masa
|
Aktiviti
|
10.00 pagi | PENDAFTARAN Pelawat wajib mendaftar dan mendapatkan pelekat / pas kebenaran masuk ke PKGK. PUSAT INTERPRETIF Pelawat disaran melawati pusat interpretif bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan PKGK. |
10.30 pagi - 12.00 tengahari | MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka. |
1.00 & 1.30 petang | MENONTON TAYANGAN VIDEO Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan PERHILITAN. |
2.00 – 2.15 petang (Jumaat : 3.00 – 3.15 petang) |
LINTASAN GAJAH Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dari jarak dekat kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukkan gajah. |
2.15 petang – 3.00 petang | PENERANGAN KONSERVASI DAN PERTUNJUKAN BERMAKLUMAT DARI MAHUT DAN GAJAH
Pengenalan kepada perilaku, konservasi dan sejarah gajah di PKGK
Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Nota:
Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang.
|
3.00 – 3.15 petang |
LINTASAN GAJAH Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dengan kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukan gajah. |
3.00 - 4.30 petang |
MEMANDIKAN ANAK GAJAH
Aktiviti
ini bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan syarat-syarat
lain. Terhad kepada 100 orang sehari. Pendaftaran awal perlu dibuat
bagi aktiviti ini.
Nota :
Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka. |
4.30 petang | PENDAFTARAN DITUTUP |
Waktu Lawatan:
Hari | Masa |
Isnin - Ahad | 8.00 pagi - 1.00 petang 2.30 petang – 4.30 petang |
Jumaat | 8.00 pagi - 12.30 tengahari 2.30 petang – 4.30 petang |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 017-931 9650 Kaunter: 013-908 8207
Gunung Senyum, Jengka 25, Temerloh
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung
ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak
mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki
25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini
ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN.
Antara gua
yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua
Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua
Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua
Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi
tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan
menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.
No comments:
Post a Comment