Tempat Menarik di Temerloh
Klik saya
Cikgu Niza Homestay mempelawa anda menginap di Homestay kami. Alami suasana yang dikelilingi keindahan alam semulajadi di daerah Temerloh yang serba hijau dan aman.
Cikgu Niza Homestay akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2019 dan dijangka bakal menerima tetamu berkunjung sekitar Temerloh, Jengka & Maran, Pahang.
Kami menawarkan rumah sebiji 1 tingkat yang boleh memuatkan seramai 8 orang. Rumah yang lengkap dengan perabot asas dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan ruang dapur yang selesa dan luas untuk anda seisi sekeluarga.
Tuesday, July 16, 2019
Wednesday, February 6, 2019
Hubungi Kami
HUBUNGI KAMI
UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
CALL, SMS,WHATAPPS:-
UDA SOYA: 012 963 6878
ABU : 012 363 3909
Harga Pakej
HARGA PAKEJ
HARGA SEWA HOMESTAYSEBUAH RUMAH DAN
3 BILIK ,2 BILIK AIR DAN 3 UNIT PENGHAWA DINGIN (setiap bilik)
KOLAM MANDI(DEWASA DAN KANAK-KANAK) PERIBADI
KAWASAN BBQ DAN TEMPAT ISTIREHAD(GAZEBO)
- WEEKEND / WEEKDAY : RM480 SEMALAM (RUMAH 1)
- WEEKEND / WEEKDAY : RM480 SEMALAM ( RUMAH 2)
Terma dan Syarat
TERMA & SYARAT
CIKGU NIZA HOMESTAY1. MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT RM100 SEMALAM .INI BAGI MENGESAHKAN TEMPAHAN MELALUI DEPOSIT TUNAI/PEMINDAHAN WANG. NO AKAUN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. MASA TEMPAHAN 24 JAM SAHAJA.
2.
BAYARAN PENUH MESTILAH DIBAYAR SEMASA MENDAFTAR MASUK SECARA TUNAI DAN
MENGEMUKAKAN BUKTI PEMBAYARAN DEPOSIT SEMASA MENDAFTAR MASUK.SECURITY DEPOSIT RM100.00 SEMALAM
JUGA DIPERLUKAN SEBAGAI CAGARAN DAN IANYA AKAN DIPULANGKAN SEMULA
SEKIRANYA SELEPAS PEMERIKSAAN DIBUAT TIADA SEBARANG KEROSAKAN DAN
KEHILANGAN BARANGAN SERTA KEBERSIHAN YANG MEMUASKAN. PIHAK PENGURUSAN CIKGU NIZA HOMESTAY AKAN MENGAMBIL MASA SELEWAT-LEWATNYA 1
HARI SELEPAS WAKTU KELUAR UNTUK MEMULANGKAN DEPOSIT TERSEBUT.
3.
WAKTU MENDAFTAR MASUK 2.00 PETANG DAN WAKTU MENDAFTAR KELUAR 12.00
TENGAHARI.SEKIRANYA ANDA KELUAR LEWAT ATAS PERMINTAAN,1 JAM PERTAMA KAMI
CAS RM10 AKAN DIKENAKAN.
4. DILARANG MEROKOK DI DALAM HOMESTAY DAN MEMBAWA MASUK HAIWAN PELIHARAAN SERTA BARANGAN YANG TIDAK HALAL DI SISI ISLAM.
5. DILARANG BERKHALWAT DENGAN BUKAN MAHRAM DAN BERJUDI.
6.
SILA PASTIKAN KEBERSIHAN DIJAGA DAN SUIS ELEKTRIK/BEKALAN AIR/DAPUR GAS
HENDAKLAH DITUTUP SEBELUM MENINGGALKAN HOMESTAY
7.
SEBARANG AKTIVITI/KEGIATAN/PERLAKUAN JENAYAH/PENYALAHGUNAAN
DADAH/PENYEBARAN AJARAN SESAT ADALAH DILARANG SAMA SEKALI
8. PENGHUNI HENDAKLAH MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
9. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DAN MENGHORMATI ADAB-ADAB BERJIRAN SEMASA MENGINAP DI CIKGU NIZA HOMESTAY.
10.
JIKA ANDA KELUAR MENINGGALKAN HOMESTAY ATAU TIDUR PADA WAKTU
SIANG/MALAM, PASTIKAN ANDA MENUTUP DAN MENGUNCI PINTU, TINGKAP DAN PINTU
PAGAR.
11.
PIHAK KAMI BERHAK UNTUK TIDAK MENGEMBALIKAN DEPOSIT ATAU MENGENAKAN
APA-APA CAJ ATAU TINDAKAN YANG SEWAJARNYA JIKA PENGHUNI GAGAL MEMATUHI
PERKARA 1 HINGGA 10.
12.
SETIAP PERALATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH HAK CIKGU NIZA HOMESTAY. SEKIRANYA BERLAKU KEHILANGAN DAN KEROSAKAN, BAYARAN AKAN
DIKENAKAN. JIKA ADA KEHILANGAN ATAU KECURIAN BARANG BARANG DALAM
HOMESTAY,KAMI AKAN DILAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA.
13. PIHAK CIKGU NIZA HOMESTAY TIDAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH
BADAN, KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN TETAMU YANG MENGGINAP.jUGA HARTA
BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU
SEMEMANGNYA BERADA DI LUAR KAWALAN PIHAK KAMI. KESELAMATAN PENGHUNI
ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN
KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.
Jarak Lokasi dari Homestay
Jarak Cikgu Niza Homestay ke beberapa lokasi/bandar utama yang berdekatan:
Bandar-bandar sekitar
- 4 minit (4km) ke Bandar Temerloh
- 19 minit (17km) ke Bandar Mentakab
- 46 minit (49.7km) ke Maran
- 50 minit (50.3km) ke Bandar Pusat Jengka
- 69 minit (65km) ke Bandar Jerantut
- 86 minit (118km) ke Bandar Kuantan
Hospital-hospital sekitar
- 2 minit (2.6km) ke Hospital Temerloh
- 48 minit (51.3km) ke UiTM Jengka
- 9 minit (5.3km) ke Open University (Kampus Temerloh)
Tempat-tempat menarik
- 2 minit (2.5km) Gobang Maju Patin Tempoyak
- 3 minit (3.5km) Kubang Gajah Temerloh Waterpark
- 5 minit (4.3km) Kolam Mandi Tahfiz Wadi Al-Amin
- 8 minit (4.5km) ke Esplanede Temerloh
- 17 minit (29.1km) ke Mentakab Star Mall
- 37 minit (35.1km) ke Gunung Senyum
- 50 minit (47.6km) ke Deerland, Lancang
- 52 minit ( 48.4km) ke Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah
- 1 jam 12 minit (98.2km) ke Gambang Water park
- 1 jam 11 minit(66.7km) ke Tasik Bera
- 2 jam 03 minit(129km) ke Taman Negara
- 1 jam 48 minit (119km) ke Genting Highland.
Jadual daftar masuk 'Check IN' & daftar keluar 'Check OUT':
Daftar Masuk : 2.00 petang
Daftar Keluar : 12.00 tengah hari
(Kalau tiada penyewa boleh 'Check IN' awal atau 'Cheak Out' lewat sikit)
Friday, February 27, 2015
Tempat Menarik
Pekan Sehari, Temerloh, Pahang
Pekan Sehari atau Pekan Sari merupakan tempat tumpuan bagi penduduk tempatan di hujung minggu untuk mencari keperluan di pinggir sungai Temerloh dan Kuala Semantan. Malah ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari keperluan dapur disamping menikmati permandangan indah di sini.
Dikatakan oleh peniaga lama disini, pekan sehari ini telah bermula sejak 1930-an lagi.Wow..lama tu
Ini merupakan salah satu keperluan yang dicari,,
hahah.. petai oh petai..
Antara yang menjadi tumpuan di Pekan Sehari ini adalah
ikan-ikan Sungai ,Ikan tapia dan patin sangkar.Ada diantara ikan-ikan Sungai
ini harganya mencapai ratusan ringgit. Ini tidak menjadi penghalang bagi
peminat- peminat ikan sungai untuk membeli.
Siapa Kenal Pak CIk ini?
Pak
Cik ni, dari saya kecil sampai sekarang masih menjual kopi.
Kopinya memang popular
sampai ada yang tempah jika balik ke kampung.
Kopinya dimesin disini, dan baunya sangat harum.
Hmmm , jadi trader kopi pulak
Selepas penat berjalan.
Mesti bersarapan di Pekan Sehari ini
dengan melihat pemandangan Sg. Pahang sambil menjamu selera.
Mek Ontel sorang nie, ada je benda yang dia nak beli
Hukhuk, main buh belon di Pekan Sehari.
Layan je kan.
Bagi mereka yang ingin datang disini
datang
Datang la seawal mungkin bagi mengelak kesukaran mencari parking kereta dan
pekan sehari ini dibuka seawal 6.30 pagi lagi tau
Kuala Gandah, Temerloh, Pahang
Jom mandikan gajah,
hanya di Kuala Gandah, Temerloh @
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK)
merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya
adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya
telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula
ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Ianya telah menjadi tempat menarik di Temerloh, Pahang
Perjalanan
ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan
kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh
Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.
Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.
Jadual Aktiviti Pelawat
Masa
|
Aktiviti
|
| 10.00 pagi | PENDAFTARAN Pelawat wajib mendaftar dan mendapatkan pelekat / pas kebenaran masuk ke PKGK. PUSAT INTERPRETIF Pelawat disaran melawati pusat interpretif bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan PKGK. |
| 10.30 pagi - 12.00 tengahari | MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka. |
| 1.00 & 1.30 petang | MENONTON TAYANGAN VIDEO Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan PERHILITAN. |
| 2.00 – 2.15 petang (Jumaat : 3.00 – 3.15 petang) |
LINTASAN GAJAH Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dari jarak dekat kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukkan gajah. |
| 2.15 petang – 3.00 petang | PENERANGAN KONSERVASI DAN PERTUNJUKAN BERMAKLUMAT DARI MAHUT DAN GAJAH
Pengenalan kepada perilaku, konservasi dan sejarah gajah di PKGK
Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Nota:
Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang.
|
| 3.00 – 3.15 petang |
LINTASAN GAJAH Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dengan kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukan gajah. |
| 3.00 - 4.30 petang |
MEMANDIKAN ANAK GAJAH
Aktiviti
ini bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan syarat-syarat
lain. Terhad kepada 100 orang sehari. Pendaftaran awal perlu dibuat
bagi aktiviti ini.
Nota :
Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka. |
| 4.30 petang | PENDAFTARAN DITUTUP |
Waktu Lawatan:
| Hari | Masa |
| Isnin - Ahad | 8.00 pagi - 1.00 petang 2.30 petang – 4.30 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 12.30 tengahari 2.30 petang – 4.30 petang |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 017-931 9650 Kaunter: 013-908 8207
Gunung Senyum, Jengka 25, Temerloh
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung
ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak
mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki
25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini
ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN.
Antara gua
yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua
Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua
Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua
Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi
tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan
menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)







